bile EPL bercuti, so baru lah nak tengok2 bola tempatan kan. family aku dari johor datang beramai2 bersempena dengan perkahwinan sepupu aku di puchong. kebetulan dorg dtg, meriah lah sket kitorg tgk bola kat umah. perempuan2 sume kat dapur, tgh menyiapkan sajian dinner ktorg, yang laki2 sambil smoking, tgk bola. bapak aku plak x berenti2 cakap pasal pasukan m'sia dulu. ala zaman super mokh. he3
first time aku tgk, perghh rasa dah byk jugak peningkatan pasukan liga tempatan kite nie. dorg main bagus juga, hantaran2 pendek dah makin tepat dan laju, semua pemain nampak kesungguhan dengan berlari seluruh padang, pemain2 midfield nampak berusaha keras dengan lorongan2 bola. bagus sgt. kalau diteruskan momentum sebegini, rasa nya, 5 tahun lagik, mungkin liga kite bole tambah lagik 1 bintang kot.. he3
tahniah kepada pasukan terengganu kerana berjaya menjuarai piala FA. beso btol piala tuh, masa kapten dorg angkat pon aku tgk macam berat jerk. he3 yelah puas hati bile berjaya wat kejutan dengan menewaskan the red warriors - kelantan. kelantan juga pasukan yang bagus, malah tersangat bagus sebenarnya. sebenarnya aku tgk, kelantan lebih byk membuat gerakan2 bahaya ke arah pintu gol terenganu. dorg cuma wat counter attack pantas. dorg memang cepat naik dan turun. pemain2 sume pantas dan kuat berlari. mungkin juga nasib tidak meyebelahi dorg.
kelantan yang mula2 score. nurul azwan roya. aku ingt nama dia sebab dia score cun giler kot. badan kecik jerk, tapi dengan kepantasan dia berlari. x dapat mamat defend terengganu tuh nak kejor.ha3. dengan selamba badak jerk dia cip keeper. perghh memang marvellous lah gol tuh.. aku menjerit beb. scream! memang smart sgt gol tuh.
berbaki sepuluh minit, kelatan buat semua pertukaran. konon nye nak melambat2kan masa juga, nak bagi nafas baru untuk kelantan. tapi, dan2 plak last minit leh terengganu score. sian gak lah tengok pastuh kelantan dah macam xleh nak wat gol dah. dah xde semangat. akhirnya juara milik terengganu.
itulah dia, berkat semangat, cekal dan sifat x reti nak mengalah, tu yang berjaya tuh menjadi juara. so, tahniah sekali untuk terengganu. semoga season depan, kerancakan liga tempatan terus maju dan berjaya.
majulah sukan malaysia untuk negara malaysia.
