Pertukaran Bidang Jualan

Salam all,

Pemberitahuan, saya yang dulu bergerak secara solo kini dah pon bergerak secara dual.. so, di namakan sebagai mika's collection. mcm ade angan2 nak bukak butik pakaian la kot.. huhu

di pendekkan cerita, saya dulu jual jersi bola sekarang tidak lagik.. saya kini jual baju wanita @ perempuan.. haa kau.. terus tuko jadik lembut..

so, mcm biasa.. bole usha2.. klu nk nego harga bole by whassup or call la yer..

owkeh..

gtg

happy shooping !!
ladies2...abg2...sila lihat sila tengok..yang mana berkenan pm sy..will give you the best price in town (©_<)

if beli lebih dari 1 akan diberi diskaun =)

Essien Ke Madrid?

ada lagi satu rumors yang mengatakan bahawa michael essien, pemain chelsea di posisi defensive-midfielder. kini menjadi target man oleh boss real madrid, jose maurinho. berikutan dengan kemungkinan besar permergian diarra keluar dari kelab real madrid itu.

maurinho akan melakukan perpindahan itu dengan menawarkan 18juta pound sterling terhadap chelsea untuk mendapatkan khidmat essien. selain dari real madrid, inter milan juga berminat untuk mendapatkan khidmat essien.

Arsenal & Livepool berebut Scott Dann

Arsenal yang dikhabarkan berminat dengan pemain birmingham city scott dann. arsenal yang mempunyai masalah dengan pertahanan yang menyebabkan mereka terlepas peluang untuk muncul sebagai juara. begitu juga dengan liverpool yang juga berminat mendapatkan khidmat pemain ini selepas mereka gagal mendapatkan pemain pertahanan phil jones; yang memilih untuk bersama manchester united.

adakah scott dann akan pergi ke liverpool atau arsenal?
jawapannya sangat mudah. dia kan berpindah kelab kerana birmingham city telah disingkirkan dari premier league so, dia confirm2 nak men kat premier league punye. kedua-dua kelab ada kelebihan, arsenal dengan play-off untuk masuk ke champion league. liverpool bersama kenny dalglish ada peluang untuk layak secara automatik ke champion league season depan.

siapa scott dann?
dia merupakan pemain pertahanan untuk kelab birmingham city. dia berasal dari liverpool, england. berusia 24tahun.

Alexis Sanchez Jadi Rebutan Manchesters!

Alexis Sanchez kini menjadi rebutan di antara 2 pasukan Manchester; Manchester City dan Manchester United. CEO manchester united dikhabarkan berjumpe dengan anak tauke kelab pemain tersebut untuk membeli pemain itu.

manchester city sudah pun membida sebanyak 27juta pound sterling untuk mendapatkan khidmat pemain muda ini. namun agen sanchez melaporkan bahawa mereka sekali akan berjumpa bagi membincangkan tawaran tersebut.

siapa alexis sanchez? dia merupakan pemain kelab udinese dari liga itali. dia juga mewakili chile pada world cup 2010. penyerang berbisa ini berusia 22 tahun.


 

Tahniah Terengganu!!!

bile EPL bercuti, so baru lah nak tengok2 bola tempatan kan. family aku dari johor datang beramai2 bersempena dengan perkahwinan sepupu aku di puchong. kebetulan dorg dtg, meriah lah sket kitorg tgk bola kat umah. perempuan2 sume kat dapur, tgh menyiapkan sajian dinner ktorg, yang laki2 sambil smoking, tgk bola. bapak aku plak x berenti2 cakap pasal pasukan m'sia dulu. ala zaman super mokh. he3

first time aku tgk, perghh rasa dah byk jugak peningkatan pasukan liga tempatan kite nie. dorg main bagus juga, hantaran2 pendek dah makin tepat dan laju, semua pemain nampak kesungguhan dengan berlari seluruh padang, pemain2 midfield nampak berusaha keras dengan lorongan2 bola. bagus sgt. kalau diteruskan momentum sebegini, rasa nya, 5 tahun lagik, mungkin liga kite bole tambah lagik 1 bintang kot.. he3

tahniah kepada pasukan terengganu kerana berjaya menjuarai piala FA. beso btol piala tuh, masa kapten dorg angkat pon aku tgk macam berat jerk. he3 yelah puas hati bile berjaya wat kejutan dengan menewaskan the red warriors - kelantan. kelantan juga pasukan yang bagus, malah tersangat bagus sebenarnya. sebenarnya aku tgk, kelantan lebih byk membuat gerakan2 bahaya ke arah pintu gol terenganu. dorg cuma wat counter attack pantas. dorg memang cepat naik dan turun. pemain2 sume pantas dan kuat berlari. mungkin juga nasib tidak meyebelahi dorg.

kelantan yang mula2 score. nurul azwan roya. aku ingt nama dia sebab dia score cun giler kot. badan kecik jerk, tapi dengan kepantasan dia berlari. x dapat mamat defend terengganu tuh nak kejor.ha3. dengan selamba badak jerk dia cip keeper. perghh memang marvellous lah gol tuh.. aku menjerit beb. scream! memang smart sgt gol tuh.

berbaki sepuluh minit, kelatan buat semua pertukaran. konon nye nak melambat2kan masa juga, nak bagi nafas baru untuk kelantan. tapi, dan2 plak last minit leh terengganu score. sian gak lah tengok pastuh kelantan dah macam xleh nak wat gol dah. dah xde semangat. akhirnya juara milik terengganu.

itulah dia, berkat semangat, cekal dan sifat x reti nak mengalah, tu yang berjaya tuh menjadi juara. so, tahniah sekali untuk terengganu. semoga season depan, kerancakan liga tempatan terus maju dan berjaya.

majulah sukan malaysia untuk negara malaysia.

Pemain Baru Liverpool

Jordan Henderson, korg mesti pernah dengor nama nieh kan? Ala, dalam fantasy premier league, dia pernah dapat point tertinggi untuk midfeild untuk season lepas.. he3 murah lak tuh.. cuma biasa ar.. sekejab jerk la.. bukan pasal fantasy yang aku nak citer kat sini.. sebenarnye nak bercerita pasal Henderson nie..

Dia merupakan pemain terawal yang dibeli oleh pasukan Liverpool pada musim baru nih. fuh mahal gak Liverpool beli dari Sunderland, 20 Juta pound Sterling! 20 Juta tuh.. 

Henderson merupakan pemain tengah untuk pasukan Sunderland. Pemain yang berasal dari England ini baru  berusia 20 tahun. Masih muda lagi, masih banyak lagik masa untuk dia.

Cuma peluang untuk dia bermain first-eleven tuh macam payah sket, yelah.. tengah Liverpool dah ramai sebenarnya, dengan Steven Gerrard mengetuai senarai pemain tengah. Rasa nya, Henderson dibeli untuk backup dan jangka panjang.. yelah, season ni, Liverpool layak untuk bersaing dalam Eropa League.. So, Liverpool memerlukan pemain yang bagus untuk backup pemain2 senior dalam skuad.

Corak Pemainan Liverpool pula tidak banyak beza dengan rentak pemainan Sunderland yang menggunakan physical contact, pressing dan fast passing.Maka tidak menjadi masalah untuk Henderson menyesuaikan diri dalam skuad Liverpool. pada aku ianya, 1 pembelian yang bijak dan langkah bijak juga untuk Henderson. Tahniah!!

Yohan Cabaye Masuk Newcastle

Pemain untuk Skuad Perancis, Yohan Cabaye menyertai skuad Magpies ini dengan menandatangi kontrak 5 tahun. Berusia 25 tahun, pemain dari pasukan lille ini akan membantu barisan tengah Newcastle untuk lebih kreatif dan kukuh pada musim depan.



Pemain Baru Arsenal

Jenkinson merupakan pemain pertama yang ditandatangi oleh skuad Gunner pada musim ini. Pemain yang berusia 19 tahun itu merupakan bekas pemain bagi pasukan Charlton Atlentic. Dia juga merupakan pemain bawah 19 untuk negara Finland.

Dengan hanya bermodalkan 1 juta pound sterling, merupakan pemain yang serba boleh. dia boleh bermain di semua posisi di bahagian pertahanan.

Paul Scholes Umum Persaraan

Paul Scholes telah mengumumkan persaraan pada hari ini. Dia yg berumur 36 tahun sebelum ini bermain untuk pasukan Man Utd. Kini hanya tinggal Ryan Giggs selaku pemain yg senior dalam skuad Man Utd. Walaubagaimanpun, beliau berkemungkinan akan mengisi tempat ole gunnar solskjaer selaku jurulatih skuad pelapis Man Utd.